Kau lihat ada tanah yang terbiar dari tempat kau selesa berdiri.
Kau tanamkan benih padanya tanpa lewat masa, barangkali kerana simpati.
Kau curahkan air berskala keperluannya.
Lalu benih bercambah menjadi bunga. Kau gembira, tersenyum tawa.
Lantas bunga itu kau cantas kerana kau berbangga benih sudah menjadi bunga.
Hatta tanpa kesedaran kau memijak hina tanah yang pernah berjasa.
Sekali lagi, tanah yang sama dibiarkan dari tempat kau selesa berdiri.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.