the sunflower girl

My photo
I am her girl, seeking for self identity (yet not to be firmed with only one personality) and i'm on my journey to understand others behavior.

Sunday, November 29, 2015

malam itu

Aku maklum 
yang salah itu aku
tapi yang salah itu juga kamu.

Malam itu
aku, kau suruh bangun dari dudukku selama ini
seperti lama sudah kau bangun berbanding aku.
Malam itu
aku, kau suruh berjalan dari dudukku
seperti jauh sudah kau melangkah berbanding aku.

Apa, sekarang baru ditimbulkan soal taraf banding?
Kenapa sekarang baru ditimbulkan soal taraf banding?

Yang remuk itu hati perempuan
bila yang disayangi berlidah bisa
melontarkan kata-kata
sehingga aku terasa hina. 

Tuesday, June 23, 2015

hakiki

Manusia itu

kalau sedang mencinta

segalanya sempurna.

Manusia itu

kalau sedang membenci

seluruhnya dihina.

Sunday, June 7, 2015

induk

Lapangnya dada

mendengar suara si bonda.

Tenang lagi hati

mendapat tatapan halwa telinga.

Tak pernah sehari aku tak bertanya 

apa kisahnya permaisuri yang tiada di mata?

Tuhan, jagakan mama untuk aku.

Aku mati tanpa dia. 

Saturday, May 30, 2015

anak muda

Anak muda

wajahnya manis

bewarna-warni, berseri-seri.

Anak muda

jauh di pelosok hati

jiwanya monotonous.

Hipokrasi.

Monday, May 25, 2015

aku tunggu

Ajal, mari datang.

Mari sini.

Bawa aku berjumpa tuhan

kerana aku rindu.

Semakin lama aku di dunia

semakin jauh aku rasa.

Maka ajal, mari sini.

Jemput aku. 

Saturday, April 4, 2015

tanya sama Tuhan

Wahai yang dipuji.

Hari-hari dirindui.

Bila mahu tangan ini disambut

disarungkan cincin

dan dikucup?

'Ada kejutan untuk kamu.' 

'Baiklah, aku tunggu.'

Friday, April 3, 2015

harapan

Kau lihat ada tanah yang terbiar dari tempat kau selesa berdiri.

Kau tanamkan benih padanya tanpa lewat masa, barangkali kerana simpati.

Kau curahkan air berskala keperluannya.

Lalu benih bercambah menjadi bunga. Kau gembira, tersenyum tawa.

Lantas bunga itu kau cantas kerana kau berbangga benih sudah menjadi bunga.

Hatta tanpa kesedaran kau memijak hina tanah yang pernah berjasa.

Sekali lagi, tanah yang sama dibiarkan dari tempat kau selesa berdiri.





Wednesday, April 1, 2015

anak maa

Prinsip aku hidup biar berbudi.

Amalan baik dibalas mulia.

Amarah biar dipendam, diam.

Minta diri jangan diganggu

sementara.

Sampai detik,

bila hilang budi bicara 

bererti 

kau biadap. 

Monday, March 30, 2015

halusinasi

sayup pandangan menentang mata.

tutur bicara dicengkam sepi.

teriakan jiwa semacam tiada henti.

namun sepi masih menghalang kata.

jemari digenggam, dibalas genggaman.

telinga dipasang,

"sampai sudah, kita tak kan ke mana." 

mata dikatup, basah terasa.

sedar, ini hanyalah halusinasi.

sayangnya,

halusinasi adalah realiti.